::naik turun kehidupan blog::

Sunday 29 July 2012

persis Sumaiyyah.. layakkah kita??

Dalam diri selembut sutera
kau miliki iman yang teguh
kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
walaupun jasad mu milik tuan
tetapi hatimu milik tuhan

padang pasir menjadi saksi kebesaran keluarga itu
tika suami dan anak disuruh menghadap mentari
disuruh memilih iman atau kekufuran
samar jahiliah atau sinaran akidah

sabarlah keluarga yasir
bagimu syurga disana
dan kaupun tega memilih syurga 
walau terpaksa mengorban nyawa
lalu tombak yang yang menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didadamu sedikit tidak berubah

darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyyah kau dibunuh didunia sementara
untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
kaulah wanita terbaik
sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah


adakah ada setitis darah "Sumaiyyah" dalam diri kita??

sejauhmanakah kita mempertahankan aqidah kita sebagai umat islam setelah ditawarkan pangkat dan kekayaan??

sejauhmanakah kita dapat menerima herdikan dan makian demi menjadi seorang muslim??


layakkah kita digelar muslim sejati??

namun, sangat malang sekali wahai umat islam, ada yang sanggup murtad dari agama Allah ini hanya kerana darjat, pangkat dan harta benda... sanggup menggadai aqidah demi mendapat kepuasan duniawi..

p/s : entry ini bukannyer aku nak tunjuk aku ni alim sangat... aku x kisah kalau ada antara korang nak kondem aku.. 

andai aku tersilap, perbetulkanlah.. aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan...

salam ramadhan...

No comments:

Post a Comment